Panasnya Api Neraka

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kau mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, jikalau saya berikan api neraka sebesar yang kau mahu niscaya akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak sanggup menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala flora akan musnah."

Malaikat Jibril kemudian memohon pemberian dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH kemudian berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapat api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang dipakai sampai sekarang.

Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.

Comments